Naim Daniel pula bersuara, kegagalan politik punca Covid-19 menular

Gempar di twitter milik bekas juara Anugerah Juara Lagu harini, Naim Daniel, memuat naik satu status yang menyebut tentang kegagalan politik antara punca utama pandemik Covid-19 menular di Malaysia.

Naim menyebut, “Boleh tak kita semua bersetuju, Covid – 19 di Malaysia ini bukan lagi hanya pandemik. Tetapi ia juga kegagalan politik.”

Hantaran yang mendapat hampir 20K “likes” itu menjadi perhatian netizen apabila mendapat pelbagai komen yang turut menyokong hantaran penyanyi yeng terkenal dengan lagu Sumpah itu.

Kata basiir007, “Bukan kegagalan politik saja, tapi semakin nampak kegagalan menjaga rakyat dari pandemik.”

Seorang lagi EimNaen menambah, “Bukan kegagalan tapi kebodohan”.

Disebalik sokongan yang diterima, ada juga tentangan yang diterima Naim seperti respon warganet dibawah.

“Semua org duk doakan gov gagal, maka hadap lah benda2 negatif hasil kegagalan tu. Bulan puasa ni cuba doakan yg baik2.. Xminat politik, xobsess dgn mana2 parti tp bosan tgk rakyat asyik doakan benda negatif.”

Namun, Naim balas dengan “Dan apakah tuhan hanya mengerah kita hanya dengan berdoa tanpa usaha? Doa tanpa usaha itu buta. Ini sebahagian ciapan yang saya yang saya gunakan di paltform ini untuk menjadi seorang lagi rakyat yang bersuara. Kerana saya peduli tentang negara inu.