Najib dedah Bersatu sedang dalam usaha untuk singkir Ismail Sabri

Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak mendakwa bahawa Bersatu sedang merencana satu agenda untuk menyingkirkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mendakwa objektif utama Bersatu adaah untuk mengembalikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Beliau dalam satu hantaran di halaman Facebooknya berkata, “Page-page propaganda PPBM-PN utama seperti page Otai pun telah memulakan serangan bertubi-tubi ke atas PM Ismail Sabri.

“Isu utama yang mereka gunakan sekarang ialah harga barang naik biarpun inflasi sudah mula naik mencanak dan harga sering cecah paras tertinggi masa Muhyiddin jadi PM.”

Najib membuat hantaran di Facebooknya selepas Timbalan Ketua Penerangan II Bersatu Malaysia, Dr Afif Bahardin membuat satu kenyataan bahawa Bersatu akan berusaha untuk menjadikan Muhyiddin sebagai perdana menteri, sekali lagi.

Najib turut berkongsi beberapa pautan laman yang mengecam kenaikan harga barang yang didakwa olehnya sebagai satu propaganda terhadap Ismail Sabri daripada Bersatu.

Najib dedah Bersatu sedang buat ‘sesuatu’ untuk singkir Ismail Sabri

“Paling membimbangkan ialah menteri-menteri dalam kerajaan Ismail Sabri juga merupakan menteri utama yang mengatur dasar ekonomi, pertanian, kewangan, perladangan yang mempengaruhi harga barang khususnya harga makanan juga adalah dari parti yang mahu tumbangkan Ismail.

“Diorang (Mereka) serang Ismail berkenaan harga barang naik tapi korang (mereka) juga yang bertanggung jawab atas dasar-dasar yang disebabkan harga barang naik,” katanya.

“Sejak bulan April saya telah menjelaskan punca kenaikan harga serta memberi pelbagai cadangan untuk kawal atau redakan kenaikan harga barang. Kenapa menteri-menteri ini tak mahu pertimbangkan?” soalnya lagi.

sumber : GD

COMMENTS