Nak bagi isi kerang segar, lembut dan tak kecut ikuti petua ini gerenti puas hati

Kerang yang direbus selalunya kita akan masak sambal, kerabu atau dijadikan rencah masakan bergoreng, keenakan rasa kerang yang manis memang membuka selera.

Namun ramai yang mengalami keadaan isi kerang rebus tidak cantik dan paling membazir hanya isi bahagian tengah sahaja boleh diambil, jadi membazir namanya.

Kerang yang telah direbus pula banyak digunakan dalam masakan seperti char kuetiau atau mi kari, sedap bukan.

Samballana Bistro berkongsikan petua dan cara merebus kerang daripada Yatie Kitchen yang mudah. Hasilnya memang gerenti memuaskan hati.

“INI CARA REBUS KERANG YANG BETUL UNTUK MENDAPATKAN ISI CANTIK BERKILAT SAMPAI BOLEH BUAT CERMIN ISINYA,” KATANYA.

PETUA REBUS KERANG

1.Didihkan air terlebih dahulu.
2.Selepas air mendidih baharu masukkan garam dan kerang.
3.Rebus dalam tiga minit, jangan sampai cengkerangnya terbuka.
4.Tutup api kemudian buang air panas tadi.
5.Masukkan air dan ais ke dalam periuk. Ia bertujuan untuk menghantikan proses memasak kerang.
6.Kemudian baharu buka cengkerangnya satu persatu. Cantik kejadiannya.

Manakala Zila Nur Aril pula berkongsi tip tambahan agar isi kerang elok terutama bagi yang membeli kerang segar.

“Rebus tiga hingga empat minit sahaja. Jangan lama sampai terbukam nanti isinya kecut. Bilas dengan air biasa atau air sejuk,” kongsinya.

Tambah Zila, jika kerang masih hidup elakkan menyimpannya ke dalam peti sejuk sebelum direbus barulah isi kerang yang direbus ‘gemuk’ dan tidak liat.

Mudah sahaja rupanya petua rebus kerang, selamat mencuba!

Baca juga: Pasangan licik ini elak bayar RM845.60 bil di restoran yang tak tahan tu siap tapau lagi