Nak beli kereta baru macam mana sape nak bayar bulan-bulan, wanita luah perasaan hampir RM8,000 dirinya terpaksa keluarkan duit baiki kereta.
Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok tomey8, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai kereta yang dibeli 2 bulan yang lalu, sudah mengalami kerosakan dan masih membuat bayaran setiap bulan untuk melangsaikan hutang kenderaan tersebut.
Beliau mengatakan tidak mampu untuk mengambil kereta baharu, serta membuat beberapa luahan bahawa dirinya sudah penat dengan kerosakan yang dialami sehingga wangnya sudah berhabis sebanyak 7 ribu hingga ke 8 ribu untuk membaikinya sahaja.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada pembeli kenderaan terpakai dan kewangan untuk diguna sememangnya banyak yang perlu dibaiki.
Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara sebegini. Netizen juga mengatakan jika pembeli mengalami perkara sebegini selepas membeli kenderaan terpakai, kemungkinan tidak dijaga dengan baik.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 167.3K penonton, 7730 sukaan dan 474 komen.
Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Tomey tak habis2 gaduh dengan keta hampa pon faham kan tengok lah tomey beli baru dua bulan tapi not stop langsung rosak nak beli kereta baru meme lah beli tak payah perbaik apa2 tapi masalah bayar bulan lagi pastu ni rosak habis nak dekat 7k nak masuk 8k pulak dah penat ya Allah”
Baca juga: Gara-gara badan berbau suami isteri dihalau menaiki kapal terbang