Nak beli mahal, lebih baik buat sendiri-Chef kongsi cara buat ‘donut peach viral’

Nak beli mahal malah bukannya selalu ada di pasaraya lagi pun buahnya yang tak semuannya manis, lebih baik buat sendiri donut peach viral yang sudah tentunya manis.

Fenomena ‘Donut Peach‘ secara tiba-tiba menjadi tular dan trending di media sosial. Rata-rata warga maya tidak mahu terlepas peluang daripada merasai sendiri keenakan buah pic dengan bentuk yang comel ini.

Namun, ada juga yang tidak dapat menjamah buah-buahan tersebut kerana mengalami alahan terhadap buah tersebut ataupun harga buah tersebut yang berada di luar kemampuan.

Kalau anda ke pasar raya pun, belum tentu dapat membelinya kerana populariti buah ini menyebabkan ia laku keras dan cepat habis.

Menyedari bertapa susahnya seorang itu mendapatkan buah tersebut chef yang terkenal dengan resepi unik dan lazat, Che Azawimie Che Zahari (36) telah tampil dengan resepi yang bakal mengubati hati anda yang lara.

Jelas chef yang berkerja di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun ini, resepi Donut Peach Viral ini disukai ramai kerana rasanya yang lemak-lemak masin serta memiliki kemanisan dari gula.

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan ‘Salted Peach Doughnuts‘:

  1. 1 kg tepung gandum
  2. 700ml susu UHT
  3. 1 sudu besar shortening
  4. 1 biji telur
  5. 1 sudu besar gula kastor
  6. 2 sudu besar yis
  7. 1/2 sudu kecil garam
  8. 1 sudu besar pes perisa tebu
  9. 1 sudu kecil pewarna kuning telur
  10. 1 sudu kecil pes red velvet
  11. 1 blok salted butter (potong kecil-kecil untuk dibuat inti)

Cara-cara pembuatannya
Pertama sekali, campurkan semua bahan-bahan yang dinyatakan kecuali butter. Ketika mengadun bahawa, masukkan pes red velvet dan pewarna kuning telur pada hujung proses akan warnanya menjadi seakan-akan ‘marble‘

Selepas adunan doh sebati, rehatkan doh buat sementara waktu bagi memastikan adunan doh mengembang dan gebu.

Kemudian, timbang doh dalam 30 gram dan bulat-bulatkannya. Masukkan satu blok kecil salted butter ke dalamnya.

Sekali lagi, rehatkan doh dan selepas itui, anda boleh menekapnya agar bentuk doh tersebut berbentuk seakan-akan pic yang sebenar.

Apabila semua ‘Donut Peach‘ berjaya dihasilkan, goreng doh-doh tersebut di dalam minyak panas pada api yang perlahan.

Setelah selesai digoreng, toskan doh-doh tersebut daripada lauratan minyak masak dan gaulkannya ke dalam gula kastor.

Akhirnya, hidangan ini sedia untuk dimakan. Jelas Che Azawimie, resepi ini memang disukai ramai kerana jika donat ini diletakkan di atas tempat hidangan, pinggan tersebut pasti akan ‘licin’ dalam waktu yang singkat.

Che Azawimie turut menasihati orang ramai yang ingin mencuba resepinya itu agar menikmati donut ini ketika masih panas.

Jika donat tersebut dimakan pada waktu panas, rasa lemak-lemak masin dari mentega akan terasa lebih enak.

Selamat mencuba.

Baca juga: Penangan Blackpink-Rakyat Malaysia sanggup habis paling kurang RM400 beli barangan Starbucks