Nak berjimat, Pak Guard ini hanya makan nasi dengan bawang merah berkuah air masak, netizen doakan lelaki ini dimurahkan rezeki selalu

Kepayahan hidup menjadikan seseorang itu lebih cekal menghadapi hari-harinya. Demi nak berjimat pelbagai cara dilakukan sesetengah orang.

Ada yang berjimat dengan cara makan 2 kali sehari sahaja. Ada juga yang berjimat dengan memasak dari rumah.

Tetapi, baru-baru ini perkongsian dari Apit Lid membuatkan rata-rata netizen tersentuh hati apabila dilihat seorang pengawal keselamatan hanya makan nasi putih, berkuah air masak bersama bawang merah dan bawang putih sebagai pengganti lauk.

Menurut Apit, pengawal itu bukanlah seorang warganegara Malaysia dan dia akan mengirim semua wang gajinya kepada keluarga di kampung.

Hanya RM100 sahaja diperuntukkan untuknya makan setiap bulan. Apit juga ada memberitahu kadang-kadang dia ada juga membelikan makanan buat lelaki itu.

Rata-rata warganet tersentuh dengan kisah lelaki tersebut dan mendoakannya dimurahkan rezeki selalu.

Baca juga: “Ayah selalu cakap aku dan ibu menyusahkan dia, bagitahu nak tinggalkan kami. Masa konvo aku pun dia duduk jauh sambil mulut tak berhenti merungut…”