Nak boikot punya pasal anak sampai berak berdarah, suami pula ugut jatuh talak jika masih guna susu formula yang sama

Akhir-akhir ini memang kecoh mengenai kekejaman Israel yang dilakukan kepada rakyat Palestin. Israel tanpa rasa bersalah membedil orang awam di Palestin sehingga ramai kanak-kanak dan wanita yang terbunuh.

Justeru itu, ramai yang mengambil inisiatif untuk memboikot produk dari Israel sebagai sokongan kepada Palestin.

Pelbagai produk keluaran Israel kini mulai diboikot oleh seluruh negara. Dek kerana itu, seorang wanita tampil meminta pandangan dari orang ramai kerana buntu anaknya berak berdarah sejak dia membuat keputusan untuk menukar jenama susu formula.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana untuk memboikot jenama dari Israel. Namun, sejak dari itu anaknya telah mengalami berak berdarah.

Dia telah membawa anaknya berjumpa doktor namun, keadaan anaknya masih sama. Doktor ada menasihatinya untuk menukar susu formula namun, dihalang suaminya.

Suaminya mengugut untuk menceraikannya jika dia masih menggunakan susu formula yang sama. Perkara tersebut membuatkan dia buntu untuk berbuat apa.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan suami wanita itu dan meminta wanita itu untuk membuat keputusan yang tepat.

Baca juga: Seram! Tengah buat ‘live’ sekali ternampak sosok pocong bercahaya atas bumbung restoran