Nak buat jenayah tapi tak pandai, lelaki mencurigakan bawa pistol ditahan polis

Nak buat jenayah tapi tak pandai, lelaki mencurigakan bawa pistol bersama enam peluru ditahan polis selepas cuba melarikan diri dek tidak mahu diperiksa berhampiran bangunan kedai di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Dalam kejadian 4.30 petang semalam, lelaki 40 tahun terbabit didekati polis yang mahu melakukan pemeriksaan terhadapnya, namun tindakannya yang melarikan diri menyebabkan polis mengesyaki ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota polis yang mengejarnya tidak jauh dari lokasi dia melarikan diri lapor Harian Metro.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis berjaya merampas pistol hitam jenis Colt PT.F.A buatan Amerika Syarikat bersama tiga peluru dan tiga kelongsong.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek mempunyai 14 rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah,” katanya.

Menurutnya, siasatan terperinci dijalankan bagi mengetahui motif sebenar suspek menyimpan dan memiliki senjata api terbabit.

“Selain itu, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek pernah menggunakan pistol berkenaan untuk melakukan sebarang aktiviti jenayah,” katanya.

Zaidy berkata, suspek yang tidak bekerja itu kini direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Baca Juga: Niat mahu mengisi perut kosong, tiga sahabat maut dirempuh kereta

Baca Juga: Hormat hak orang lain: Bayi 4 bulan edar plastik mohon maaf bimbang tangisannya ganggu pesawat