Nak cari calon suami, boleh ‘beli’ dipasar siap ditanda kelayakan pendidikan, asal usul keluarga

Wanita di Bihar India tidak perlu peningkan kepala untuk mencari calon suami mereka boleh ‘beli’ di pasar yang dipanggil Saurath Mela atau Sabhagachhi.

Di Sana ribuan lelaki akan berkumpul di bawah pokok di kawasan pasar tempatan daerah Madhubani, Bihardan setiap tahun untuk menunggu diri mereka ‘disunting’ oleh wanita.

Setiap calon suami ini akan diletakkan harga tertentu’ berdasarkan kemampuan mereka, termasuk kelayakan pendidikan dan latar belakang keluarga.

Ia bertujuan memudahkan wanita mencari calon suami yang sesuai.

Menrurut Oddity Central pasar itu dikatakan wujud sejak 700 tahun lalu dan ia hasil cetusan idea Raja Hari Singh daripada dinasti Karnat.

Lazimnya, seseorang wanita datang ditemani keluarga yang akan akan menyemak tawaran sebelum meminta bukti seperti sijil kelahiran dan sijil sekolah.

Jika menemui lelaki yang disukai dan mampu, wanita itu akan mengadakan perbicangan lanjut.

Pasar lelaki di Bihar tidak lagi popular seperti hanya beberapa dekad lalu terutamanya kerana adanya aplikasi janji temu dalam talian.

Namun, ia masih menarik kehadiran ribuan pemuda, malah sebahagiannya sanggup menempuh perjalanan ratusan kilometer dengan harapan terpilih menjadi suami.

AlJazeera baru-baru ini mendokumentasikan ‘pasar’ pengantin lelaki di Bihar dengan melaporkan bahawa jurutera, doktor dan kakitangan kerajaan, selain lelaki muda paling dicari di pasar berkenaan.

Walaupun hantaran kahwin secara rasminya tidak dibenarkan di India, menjadi amalan biasa bagi individu bujang dan muda yang layak untuk menuntut hantaran dalam jumlah banyak daripada keluarga pengantin perempuan.

Bagaimanapun, perempuan hampir tidak mempunyai hak untuk memilih pengantin lelaki.

Ini kerana keluarga mereka yang akan membuat keputusan terakhir.

Baca juga:

10 tahun bayar rumah tapi baki tak berganjak, lelaki ini ajar biasakan bayar bulanan lebih sikit

Baca juga:

“Itu gambar ubat aku”-Aliff Syukri bodohkan satu Malaysia!