Keracunan makanan memang boleh terkena pada bila bila masa sahaja.
Sama ada sedang bercuti atau bekerja, ia memang membawa masalah jika tidak mempunyai ubat dan penawar untuk mengubatinya.
Penyebabnya mungkin adalah cara penyediaan makanan yang tidak bersih, peralatan yang kotor, atau bahan-bahan dalam masakan yang sudah lama sehingga tercemar.
Mereka yang mengalami keracunan makanan biasanya akan mengalami simptom seperti muntah, cirit-birit, atau kedua-duanya sekali.
Mesti seksa bila kena cirit birit dan muntah bukan? Seperti tiada hentinya sampai badan boleh lembik.
Rawatan utama yang disarankan adalah dengan mengunjungi klinik atau hospital.
Namun dalam kes tertentu, jika berlaku kecemasan dan secara kebetulan berada jauh dari fasiliti kesihatan, anda boleh mencuba kaedah rawatan tradisional sebagai langkah sementara, seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Salleh Mazukhi.
Menurutnya, petua-petua tersebut diamalkan oleh orang-orang tua dahulu sebagai penawar keracunan makanan:
1. Minum air kelapa muda kerana ia bersifat penawar yang nyata terhadap toksin.
2. Petua lain adalah dengan menumbuk arang, mencampurnya dengan air, dan minum. Arang (karbon) juga berfungsi menyerap toksin kerana sifatnya yang bersifat penawar toksik.
3. Merebus akar pokok lemba dan minum airnya.
4. Petua yang lain adalah dengan menggoreng beras tanpa minyak atau air, kemudian menumbuknya dalam lesung dan mencampurnya dengan air sebelum diminum.
InsyaAllah, langkah-langkah tersebut dapat membantu meredakan sakit. Selamat mencuba!
Baca juga: Teori jadi kenyataan, ‘sinkhole’ di Kampung Kerinchi buat ramai nak ‘angkat kaki’