Seorang gadis dari India nekad memutuskan bekalan elektrik kampungnya semata mata untuk bertemu kekasihnya dari kampung seberang.
Penduduk kampung Bettiah meluahkan kebimbangan apabila sering mengalami gangguan elektrik setiap malam selama lebih hampir seminggu.
Mereka bimbang dengan gangguan elektrik ini dapat membuka ruang pencuri untuk melakukan perkara yang tidak elok.
Kerana itu penduduk merayu pada syarikat elektrik untuk memulihkan gangguan tersebut dengan kadar segera.
Namun apa yang pelik, wakil syarikat tersebut memaklumkan masalah itu bukan berpunca dari rangkaian syarikat.
Keadaan itu berterusan agak lama sebelum satu malam pasangan muda ini ditangkap kerana berdua-duaan di dalam gelap.
Akhirnya mereka dapat menemui punca kepada masalah kerana gadis tersebut mengakui mematikan bekalan elektrik supaya dapat menemui kekasihnya.
“Gadis itu pernah memotong bekalan elektrik di kampung setiap malam dan menyebabkan banyak kecurian dilaporkan berlaku di kampung itu. Kami susah disebabkan gadis itu,” kata seorang penduduk kepada India Today.
Video pasangan muda terbabit ditularkan dan kekasihnya juga menerima habuan dari penduduk kampung dengan membelasah lelaki tersebut.
Namun akhirnya penduduk kampung mengahwinkan mereka untuk menutup masalah yang kian berlanjutan.
Baca juga: Dalam diam duduk bawah badan, pengasuh terkejut ular tedung menyelinap masuk bawah baju anak asuhan