Nak hunting barang-barang vintaj rare, ini cadangan pasar karat popular di Malaysia

Pasar karat memang terkenal dengan pelbagai jenis barang vintaj dan antik.

Kalau bertuah, mungkin kalian dapat jumpa item rare yang berkualiti tinggi untuk koleksi peribadi.

Antaranya seperti tembikar, seterika, busana, kaset, CD player, cermin, poskad, gelang, rantai, cawan, pinggan, radio dan macam-macam lagi.

Paling best, kalau barang yang kita berkenan dapat dibeli pada harga murah.

Pun demikian, untuk item yang jarang-jarang kita jumpa, nilainya boleh tahan juga.

Di Malaysia, sudah banyak penempatan pasar karat yang dibuka untuk jualan umum.

Kalau kalian ada masa lapang untuk hunting barangan tertentu atau saja-saja je nak jalan, berikut pilihan tempat yang SinarPlus cadangkan untuk disinggahi:

Pasar Karat Chinatown KL
Alamat: Petaling Street, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 4 pagi hingga 10 pagi
Keunikan: Barangan bundle, koleksi item lama dan baharu

Pasar Karat Teluk Intan
Alamat: 220, Jalan Intan 8, Bandar Baru Teluk Intan, Perak
Waktu operasi: 8 pagi hingga 12 tengah hari
Keunikan: Duit lama, koleksi barangan antik dan terpakai

Pasar Karat JB
Alamat: Jalan Segget, Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 6 petang hingga 2 pagi
Keunikan: Buskers, aneka makanan, pakaian, aksesori gajet dan barangan terpakai

Pasar Karat Alor Setar
Alamat: Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah
Waktu operasi: 7 pagi hingga 1 tengah hari
Keunikan: Barangan lama, perkakas rumah dan item vintage

Pasar Karat Rope Walk
Alamat: 11A, Jalan Selat, Taman Selat, Butterworth, Pulau Pinang
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 3.30 petang
Keunikan: Pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian, aksesori, perkakas berat dan antik

Pasar Karat Melaka
Alamat: Jalan Lekir, Melaka
Waktu operasi: 6 petang hingga 2 pagi
Keunikan: Jualan barangan vintage, makanan dan minuman

Selain senarai yang dicadangkan di atas, kalian boleh share info menarik yang mungkin ramai orang tak tahu lagi mengenai pasar karat di tempat anda.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Baca juga: 180 tan beras disorok, pengarah syarikat kantoi berpakat dengan ahli lembaga pengarah syarikat Kerajaan Kedah?