Seorang warga emas yang mahu menjimatkan duit dengan membeli gigi palsu berharga RM289 sebanyak 6 set akhirnya tak boleh pakai kerana gigi mainan kanak-kanak.
Beliau telah gagal menghubungi penjual setelah berbelanja sebanyak SGD$65 (RM289) tetapi sebaliknya menerima gigi mainan, lapor laman berita Mothership semalam.
Luo Tailan, 65, memberitahu bahawa dia melihat iklan gigi palsu di Facebook pada April lalu.
Menurut Tailan, produk gigi palsu itu ditawarkan pada harga yang menurutnya murah beserta promosi ‘beli tiga, percuma tiga’.
Video yang disertakan bersama iklan tersebut memberitahu bahawa pembeli yang mendapatkan tiga set gigi palsu bahagian atas akan mendapat satu set gigi palsu bahagian bawah.
Tertarik dengan tawaran itu, dia membeli enam set gigi palsu yang berharga SGD$65 (RM289).
Dua minggu kemudian, Tailan menerima bungkusan tersebut dan membayar semasa penghantaran. Dia kemudian terus membukanya dan mencuci gigi palsu itu.
Namun ketika ingin mencubanya, dia menyedari gigi palsu itu tidak boleh digunakan.
“Lebih mengejutkan, gigi palsu yang saya beli sama seperti mainan kanak-kanak,” ujarnya.
Tailan kecewa apabila dia gagal menghubungi penjual itu.
Penjual kemudian membuang iklan di Facebook apabila Tailan membeli amaran kepada pengguna lain agar tidak membeli produk tersebut.
Baca juga: Menu pelik! Wanita ini kongsi cara buat agar-agar perisa ikan keli siap selamba je kunyah