Nak kahwin lain suruh bini reda, akhirnya dah jadi begini dia terpaksa pasrah, dua isteri sudah tuntut fasakh

Jangan ingat nak berkahwin lain maka isteri pertama disuruh reda.

Apabila berlaku peristiwa tidak diduga, akhirnya si suami pula terpaksa pasrah dengan ketentuan takdir.

Lebih menyedihkan apabila kedua-dua isteri tekad mahu menggunakan hak yang mereka ada dengan membuat tuntutan cerai secara fasakh.

Ikuti perkongsian luahan rasa daripada Desi Norlela ini:

Suami poligami dah 2 tahun. Okey, takda masalah walaupun mula mula agak sakit.. tapi pujuk hati untuk redho. Set dalam fikiran suami bukan hak aku tapi hak Allah.

Saya selalu set dalam otak Saya.. Suami itu kiriman ALLAH untuk jaga aku saja sebab itu ALLAH wajibkan suami bagi nafkah kepada isteri.

Setiap kali solat apabila datang perasaan kecewa, saya terus doa dan positif dengan Allah bahawa suami bukan hak aku.. bila bila masa boleh hilang.. (itu sajalah ulang ulang dalam fikiran untuk pujuk hati sendiri)

Sekarang ini suami dah 3 bulan kemalangan, terlantar, lumpuh separuh badan, memang tak boleh kerja dan tak mampu dah bagi nafkah.

Jadi, disebabkan sudah tidak mampu bagi nafkah, saya pilih untuk undur diri sebab dalam Islam membenarkan isteri fail fasakh jika suami tidak mampu lagi beri nafkah.

Saya ada mohon kauseling di pejabat Agama.. Memang ustaz ustazah di situ kata dalam Islam dibenarkan dan tidak berdosa pun jika isteri fail fasakh kerana tidak dapat nafkah kerana dalam Islam nafkah itu hak multlak seorang isteri.

Hanya ustaz tu kata kalau bela, ganjarannya pahala besar.

Tapi saya fikir balik, jika suami saya gunakan hak dia sebagai suami untuk kahwin dua dengan asbab Islam benarkan tanpa fikir perasaan saya ketika itu, dan saya belajar redho tanpa marah atau derhaka, ketika itu hanya menangis dan mengadu kepada Allah…

Jadi, tidak salahlah, saya gunakan hak saya juga sebagai seorang isteri sebab Islam membenarkan…

Sejak saya pergi kaunseling dan dah dapat nasihat daripada ustaz ustazah di sana, saya hantar suami ke rumah madu.

Sebelum ini, 3 bulan dah saya jaga suami termasuk mandikan dan basuh berak.

Sekarang, saya hantar suami ke rumah madu, suruh dia pula jaga.

Saya pun sempat salam minta maaf dan ampun pada suami, tak dapat teruskan jaga.

Ini di luar kemampuan saya dan di luar kekuatan saya. Suami hanya mengangguk faham.

Hanya saya tak faham kenapa saya dalam proses nak fail fasakh dah nak hampir selesai Alhamdulilah, tiba-tiba madu saya pun nak fail fasakh…

Dulu bukankah dia pernah janji dengan saya akan jaga abang lebih baik daripada saya jaga?

Dulu bukankah dia pernah janji akan sayang abang lebih daripada saya?

BACA “Rimas tengok suami comot makan berbunyi sampai malu nak makan depan family, aku sampai fikir nak cerai je”