“Nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan” – Rozita harap Aliff Syukri padam video gelek

Datuk Aliff Syukri sekali lagi terpalit dalam kontoversi tarian di TikTok yang juga melibatkan Baby Shima dan yang terbaru bersama Ratu Farah, tiktoker. Tertekan dengan isu tersebut, Rozita mohon anaknya untuk padam kandungan yang tidak senonoh itu.

Rozita Ibrahim, ibu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meminta anaknya memadamkan klip video teaser lagu dangdut ‘Baby Sayang’ nyanyian duetnya bersama Baby Shima di Instagram ahli perniagaan berkenaan.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini, Rozita meminta anaknya itu supaya memadam video klip berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Tak barakah rezeki jika hilang rasa malu

“Ni baiklah mak beri amraan, mak malu. Percayalah… tidak akan barakah rezeki dan nikmat kehidupan jika hilang rasa malu, melebihkan dunia sampai dah tak ada adab dan akhlak demi kerana content (kandungan media sosial).

“Mak suruh kamu delete (padam), tak nak delete (padam) video mencabar nampaknya. Ini merosakkan generasi kita yang sepatutnya jadi contoh kepada mereka,” katanya menerusi hantaran itu.

Mohon henti malukan keluarga

Rozita dalam hantaran Facebook itu meluahkan rasa sedih dengan perbuatan anaknya serta meminta untuk tidak lagi memalukan keluarga mereka.

“Malu ialah sebahagian dari iman, nasihat itu pakaian dan makanan roh. Teguran Mak Kri (Aliff Syukri) tidak mahu ikut, tak kasihan kepada kami.

“Mak terpaksa post (muat naik) dekat sini secara terbuka, apa Kri buat memalukan mak… jujur mak tidak mahu malukan Kri, mak cuba nasihat dekat belakang,” katanya.

Tidak mahu keluarga dicemuh dan dihina

Rozita dalam hantaran itu turut merayu kepada Aliff Syukri supaya memadam video klip berkenaan yang menyebabkan keluarga mereka dicemuh dan dihina netizen lapor Harian Metro.

“Kasihan pada arwah abah, nenek… Kri baik dan sayangkan makkan jadi mohon delete (padam).

“Kri hanya ada mak je (saja) orang tua – pandang Ida (isteri) – anak-anak – kami tak bersalah kri , nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan,” katanya.

Baca Juga: Bergelek bukan semasa majlis akikah tapi acara ulang tahun perkahwinan, Ifa Raziah dibayar berpuluh ribu untuk persembahan

Baca juga: Konsert anjuran Fazura dengan harga tiket ‘milik semua’ bermula RM147