Nak kurus sebelum raya, elak makan 12 makanan ini

Nak kurus sebelum raya, anda boleh elakkan 12 makanan ini. Ramai yang mahukan badan persis model Victoria Secret, pasti anda akan bersenam dan amalkan diet ketat namun tidak membuahkan hasil.

Namun anda mungkin memandang rendah pengambilan kalori yang tidak seimbang kerana ia akan menggangu proses penurunan berat badan.

Malah, ada makanan yang diambil tetapi perut masih lapar hanya kerana diet yang diamalkan kurang nutrien seperti serat dan protein.

Berikut Majoriti senaraikan 12 makanan yang perlu anda elak jika ingin kursus seperti disarankan pakar.

1 Minuman bergula

Minuman seperti soda, minuman tenaga dan jus buah-buahan sangat tinggi gula tambahan tetapi rendah dalam nutrien lain. Minum minuman ini akan menambah kalori tetapi tidak membuatkan anda kenyang.

2 Kentang goreng dan kerepek kentang

Kentang secara umumnya sihat dan mengenyangkan, tetapi ia tinggi kalori dan mudah menyebabkan anda makan terlalu banyak sekali gus menyumbang kepada penambahan berat badan.

3 Pastri, biskut dan kek

Makanan dibakar seperti pastri, biskut dan pencuci mulut selalunya mengandungi gula tambahan sangat tinggi termasuk fruktosa.

Kajian mendapati individu yang mengambil lebih berasa lapar dan mempunyai keinginan makan yang tinggi berbanding mereka yang memakan glukosa – sejenis gula lain.

4 Roti Putih

Roti putih dibuat daripada tepung halus dan selalunya mengandungi banyak gula tambahan. Ia mempunyai jumlah indeks glisemik (GI) tinggi dan boleh meningkatkan paras gula dalam darah.

5 Aiskrim

Aiskrim ini ibarat makanan comfort buat wanita terutamanya ketika period, namun ia tinggi kalori dan kebanyakannya sarat dengan gula.

6 Piza

Piza adalah antara makanan segera yang sangat popular. Namun, piza yang dihasilkan secara komersial adalah tidak sihat dan tinggi kalori. Ia juga mengandungi bahan tidak sihat seperti tepung halus dan daging yang diproses.

7 Bar coklat

Coklat susu adalah punca pertambahan saiz pinggang, dengan kiraan kalori tinggi dan jumlah gula yang banyak penyumbang kepada pertumbuhan lemak visceral.

8 Donat

Donat boleh menyebabkan badan mengeluarkan lebih banyak insulin dan menyebabkan terlalu banyak gula memasuki sel lemak dan tidak meninggalkan satu pun untuk sel darah.

9 Makanan segera pandu lalu

Jika ingin mengurangkan berat badan, elakkan daripada singgah di mana-mana pandu lalu. Semua makanan yang ditawarkan adalah diproses dan dipenuhi dengan bahan seperti pengawet, lemak trans dan garam.

10 Buahan kering

Buah-buahan kering tampak seperti snek yang menyihatkan. Awas! Kebanyakan buah kering telah dimaniskan dan mengandungi purata 16 gram gula setiap auns.

11 Yogurt

Yogurt Greek secara amnya mengandungi protein dan kultur bakteria yang membantu penghadaman. Pilihan yogurt dengan pelbagai campuran yang sebenarnya perlu dielak.

12 Gegelung bawang

Onion ring adalah contoh terbaik bagaimana makanan sihat pada asalnya menjadi tidak sihat. Jadi elakkan kalau boleh. Ada yang mengatakan makanan ini lebih tidak sihat berbanding kentang goreng kerana mengandungi lebih kalori, lemak tepu, tinggi kandungan gula dan kurang kalium.

Jadi pembaca boleh mula mencuba untuk elak makanan ini bila puasa nanti, supaya dapat badan yang ideal untuk raya tahun ini.

Baca Juga: Tawar perkhidmatan layan pelanggan dengan biadab, kalau hati tak kental jangan datang restoran ini

Baca Juga: Usul lanjut kuatkuasa Subseksyen 4(5) SOSMA ditolak: Kerajaan perlu ganti dengan akta lebih baik