Nak lembutkan daging je tapi masak dah ala-ala menu hotel 5 star!

Tekstur daging yang lembut seringkali menjadi pilihan ramai peminat masakan melayu mahupun barat.

Namun ada kalanya daging yang sudah direbus amat liat dan menjadikan ia salah satu faktor pemutus selera.

Perkongsian Pak Man dalam satu video merungkaikan bagaimana dirinya melembutkan daging yang liat menjadi lembut.

1. Gunakan serbuk penaik

Langkah pertama, potonglah daging menjadi dadu kecil. Kemudian, taburkan serbuk penaik (baking soda) ke atas daging tersebut. Biarkan daging tersebut meresap selama setengah jam.

2. Gunakan cuka makanan

Jika anda tidak ingin menggunakan serbuk penaik, anda juga boleh menggunakan cuka makanan untuk mencapai hasil yang sama.

Langkah pertama, potonglah daging menjadi dadu kecil. Seterusnya, siram daging tersebut dengan cuka makanan dan biarkan selama setengah jam.

“Selepas diperap nanti, cuci dulu betul-betul daging ini sampai bersih sebelum dimasak. Insya-Allah apabila dimasak nanti, ia cepat lembut.

“Kaedah yang saya kongsi ni semua kaedah hotel, sudah dibuktikan keberkesanannya,” kata Pak Tam

Baca juga: Ini rupanya tips beli emas untuk pelaburan, jangan tertipu nanti rugi banyak