Ramai mengusik melihat seorang pemuda yang hampir sebaya dengan bakal bapa mentua.
Ada yang berpendapat kedua-duanya seperti abang dan adik.
Menerusi video di TikTok yang tular, lelaki berusia 39 tahun itu mengikat tali pertunangan dengan gadis berusia 19 tahun.
Rata-rata memuji penampilan lelaki berkenaan yang dilihat awet muda, malah menganggap jika mengaku berumur 20-an pun orang masih percaya.
Tidak kurang juga berpendapat beza jarak lelaki itu dengan bakal ayah mentuanya yang hanya lima tahun itu memudahkan komunikasi lantaran jurang usia yang tidak terlalu jauh.
“Nak panggil abang ke abah?
“Okeylah boleh jadi kawan. Faham sikit umur lebih kurang.
“Patutlah lambat ahwin, jodoh baru lahir,” demikian antara kata warganet.