Nak rumah bau macam hotel 5 bintang, guna 4 bahan ini saja ‘confirm’ menjadi

Bau-bauan yang digunakan di hotel sangat menarik dan menyegarkan terutamanya bagi hotel-hotel mewah yang elegan, mereka pasti mempunyai keunikan bau yang menyegarkan bagi menyambut tetamu.

Sudah tentu bau itu pula mempunyai ciri tersendiri bagi setiap hotel-hotel yang dimiliki syarikat yang berlainan nanum apa tips yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bau yang segar tersebut.

Justeru untuk berkongsikan bagaimana tips untuk menghasilkan pewangi ala hotel tersebut seorang pengguna TikTok @ericalasri menerusi hantaran dan muat naik tips DIY tersebut.

Benda tidaklah susah sangat hanya perlu empat bahan utama untuk membuat pewangi itu ia adalah garam kasar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan pewangi atau pelembut pakaian.

1. Mencari bekas atau apa-apa barangan yang boleh dikitar semula untuk dijadikan bekas campuran bahan tersebut. Sebagai contoh, lelaki di dalam video tersebut telah menggunakan botol air minuman plastik yang dipotong di bahagian bawahnya.

2.Meletak garam kasar ke dalam bekas yang tersebut. Untuk garam kasar dan bunga cengkih, tiada sukatan khusus yang ditetapkan untuk menghasilkan pewangi tersebut.

3.Selesai masukkan garam dan bunga cengkih, tambah sebatang kulit kayu manis ke dalam campuran bahan tadi.

4.Yang terakhir adalah dengan memasukkan pewangi atau pelembut pakaian yang menjadi pilihan anda.

Pewangi pakaian juga tiada sukatan khusus yang ditetapkan, sebaliknya anda boleh letakkannya sehingga bahan tadi bercampur dengan pewangi pakaian.

Antara kawasan yang boleh diletak adalah di ruang tamu dan bilik tidur.

Perkongsian tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 2.1 juta tontonan pengguna media sosial tersebut. Penonton juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan projek diy pewangi tersebut yang dilihat sebagai sesuatu yang menarik.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Betul saya dah buat, memang wangi,” tulis seorang netizen yang sudah mencuba tips tersebut.

“Perkongsian yang terbaik, boleh cuba,” tulis seorang lagi netizen.

“Bagus perkongsian yang baik. Terima kasih sahabat,” tambah seorang lagi.

@ericalasri

Ada macam-macam cara orang duk buat. Yang ni cara aku lah. Aku buat yang mudah je. Setakat ni jadi je. Masuk je rumah bau fresh & mahal ala ala bau hotel 5 ⭐

♬ Sweet but psycho(抖音完整版) – 苏瞳

Baca juga: Kreatif pakcik ni-Helmet tempung kelapa guna dalam kampung pun polis tak perasan