Tidak dinafikan ciptaan inovasi banyak memudahkan tugas seperti mesin basuh, buaian elektrik dan juga alatan lain.
Namun baru-baru ini tular ciptaan bantal penyangga botol susu yang dikatakan dapat membantu bayi untuk minum susu botol tanpa bantuan sesiapa.
Ini juga dapat meningkatkan risiko bayi untuk tersedak kerana tiada yang memantau bayi disebabkan bergantung dengan alat tersebut.
Seperti perkongsian seorang kaunselor laktasi (penyusuan susu ibu) bertauliah Nurun Nadia Masrom, penggunaan bantal seperti itu berisiko membunuh bayi.
Menerusi tangkap layar, wanita tersebut berkongsi kisah bahawa rakannya melalui kisah duka disebabkan alat tersebut.
“Bayi rakan sekerja saya meninggal dunia akibat menggunakan alat inovasi ni.
“Inilah punca kawan pejabat saya, anaknya meninggal dunia. Pada masa tu raya, sibuk beraya sampai tak perasan anak dah ‘tak ada’… hasil bedah siasat, tersedak susu. Disebabkan itu dia dan suami berpisah,” katanya.
Lebih menyayat hati, suami isteri tersebut telah lama menantikan cahaya mata tersebut.
Bagi Nurun, setelah menjadi seorang mak perlulah bersedia secara mental dan fizikal dan menempuh kesukaran dalam membesarkan anak.
“Kalau rasa nak senang jadi mak, better jangan jadi mak,” ciapnya ringkas.
Baca juga: Pertama di Asia, Menara KARL LAGERFELD bernilai RM6.5 bilion bakal dibangun di Melaka