Nak senang turunkan gula dalam darah? Amal bahan rahsia ini je, ramai akui berkesan!

Penyakit diabetes apabila disebut menimbulkan ketakutan bagi banyak orang. Setiap individu yang menghidapi diabetes perlu memahami cara menurunkan kadar gula dalam darah untuk mencegah terjadinya komplikasi yang serius.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi dapat merosakkan lapisan saluran darah. Jika berterusan, boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya berkaitan dengan proses penuaan.

Pesakit kencing manis tidak hanya perlu mengambil ubat yang telah diberikan oleh doktor, tetapi mereka juga perlu memantau pemakanan mereka.

Mereka disarankan untuk mengelakkan pengambilan semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya, kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli, dan makanan-makanan lain yang tinggi gula.

Selain itu, pesakit kencing manis juga boleh mencuba minuman campuran yang terdiri daripada tiga bahan semula jadi ini iaitu peria katak, epal hijau dan kentang.

Resipi air ini adalah sumbangan daripada Nur Hidayah Sulaiman. Beliau menyatakan bahawa air ini telah digunakan oleh ibunya dan hasilnya terbukti berkesan dalam membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

Petua turunkan paras gula dalam darah

Nak share petua turunkan kadar gula dalam darah. Ini saya buat untuk mak saya.

Sebelum ini belas-belas bacaan kencing manisnya. Pernah sampai tiada bacaan.

Sekarang Alhamdulillah, bawah puluh-puluh dah. Kadang-kadang lepas juga atas sepuluh, tengok atas cara pemakanan.

Yang penting, makan kena jaga tau. Makan lah ubat macam mana sekalipun, kalau tak jaga makan boleh beri kesan sampai ke saraf.

Sekarang nak mula stabil dah. Ok, ini caranya…

Cara-caranya:

Ambil sebiji peria katak, buangkan bijinya dan belah menjadi dua. Potong juga 1/2 epal hijau serta 1/2 kentang yang sudah dibuang kulit.

Kisar ketiga-tiga bahan tersebut menggunakan pengisar buah. Jika tiada pengisar buah, boleh juga menggunakan pengisar biasa dan selepas itu tapis untuk mendapatkan jusnya.

Minumlah setiap hari selama tiga hari, satu kali selepas makan petang. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Haa sudah! Saintis sahkan penularan ‘zombi rusa’, tinggal tunggu masa serang manusia