Seorang lelaki didapati bersalah kerana naik angin selepas kekasihnya tidur terlalu lama lalu bertindak mengenakan renjatan elektrik padanya.
Lelaki tersebut Kenneth Donald, 37, menyerang kekasihnya menggunakan pistol renjatan pada 9 Februari lalu ketika mangsa sedang berbaring di atas katil pada hari minggu.
Mereka mabuk teruk pada malam sebelumnya di Stirling, Scotland.
Menurut perbicaraan di mahkamah, Donald secara tiba-tiba mengejutkan kekasihnya dan mengancam untuk menggunakan senjata kejutan jika wanita tersebut enggan untuk bangun.
“Tidak lama kemudian, ketika wanita itu tertidur semula, tertuduh mengambil pistol renjatan dan menembak kaki teman wanitanya.
“Ia menyebabkan mangsa mengalami kesakitan, manakala paha kanan mangsa mengalami lebam dan kesan kemerah-merahan,” kata Pendakwa Raya, Laurelle Johnstone.
Seorang kanak-kanak turut merakam kejadian tersebut dan ia adalah bukti penting untuk digunakan di mahkamah.
Mangsa membuat laporan polis pada bulan berikutnya sebelum Donald ditahan pada 30 Mac 2023.