Nak tuntut insuran punya pasal, suami dalang utama bersekongkol dengan 3 penyamun rompak isteri sendiri

Mahu menuntut insuran suami telah bersekongkol dengan 3 dengan tiga penyamun semata-mata mahu merompak isteri sendiri akibatnya dia ditahan.

Kejadin berlaku di rumahnya sendiri untuk membuat tuntutan insuran palsu, di Taman Hijau, Karak di sini, kelmarin.

Mangsa berusia 42 tahun didatangi tiga lelaki tidak dikenali yang memakai topeng bertindak mengacukan parang terhadap mangsa lalu menggeledah rumah wanita terbabit.

Menurut wanita terbabit suspek berjaya melarikan sejumlah barang kemas dianggarkan bernilai RM16,000.

Ketika kejadian berlaku, mangsa tinggal bersendirian sementara ibu, anak, dan suaminya pergi ke rumah saudara mereka.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki kenderaan jenis Perodua Alza berwarna putih yang diletakkan di hadapan rumah terbabit.

Semakan mendapati kedua-dua suspek warga tempatan terbabit mempunyai rekod lampau membabitkan kes rompak. Hasil soal siasat mendapati suami mangsa seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disyaki bersubahat dalam kejadian rompakan itu.

“Suami mangsa dipercayai menjadi dalang utama rompakan ini dipercayai semata-mata bagi tuntutan insuran.

“Suaminya turut ditahan dan kesemua mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan menggunakan senjata,” katanya Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Sebelum itu, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga isteri kepada dalang rompakan itu jam 3.20 petang, petik kenyataan rasmi Facebook Polis Bentong.

Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan IPD Nilai menahan dua lelaki tempatan berusia 33 dan lelaki warga asing berusia 24 tahun.

Jika disabit bersalah boleh dihukum penjara mencecah 20 tahun dan disebat.

Baca juga: Gara-gara ilmu kongkang hidupku musnah-“Saya sudah bulatkan tekad saya tetap berhenti kerja. Rupa-rupanya “aku mak mertua dia”