Nama anak kembali ‘dipetik’ netizen, ig ibu Aliff Aziz pula hilang

Apabila perhatian kembali tertumpu kepada Aliff Aziz, netizen menyedari bahawa akaun Instagram ibu penyanyi dan pelakon tersebut telah dinyahaktifkan.

Menerusi carian terbaharu, akaun Siti Hafıza Basharahil telah hilang susulan kontroversi terbaharu yang melibatkan anaknya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine.

Sebelum ini, Hafıza sering memuat naik kata-kata hikmah merujuk kepada kemelut yang melibatkan Aliff dan isterinya, pelakon Bella Astillah.

Pada pagi Isnin, nama Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, kembali menjadi topik hangat di kalangan netizen apabila Sarah mendedahkan bahawa dia telah menjalin hubungan istimewa dengan pelakon drama Terjerat itu sejak awal Januari lalu.

Menurut Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam oleh netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu.

Pada 9 Mac yang lalu, kecoh di kalangan peminat hiburan apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan oleh Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Bella kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres pada 13 Mac lalu. Walau bagaimanapun, semasa sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan bersetuju untuk bercerai.

Aliff memberikan alasan bahawa dia masih menyayangi Bella dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

Baca juga: Ulang alik tandas sebab keracunan makanan? Ini petua popular orang lama, no 4 tu paling mujarab