Nama badal bersepah di Jabal Rahmah, scammer badal haji mula tunjuk taring

Tular di laman sosial sekumpulan individu yang sedang bergambar di Jabal Rahmah.

Apa yang menghairankan, kumpulan ini mengambil gambar berserta kertas yang mengandungi nama badal haji.

Difahamkan mereka tidak menunaikan haji seperti yang diamanahkan kerana hanya mengambil gambar sahaja.

Pemilik laman facebook, Kashful Azim Shaharudin dipercayai melihat sendiri situasi itu ketika melakukan badal haji.

Kredit: Kashful Azim Shaharudin

Beliau juga mendakwa banyak kertas berterbangan di lantai dengan nama nama badal yang tertulis di atasnya.

Sindiket ini juga mengupah orang ramai untuk mengambil gambar dengan berlainan nama badal.

Malah, pemilik facebook juga sempat berkongsi satu babak dimana para pelakon ini dibayar setelah selesai bekerja.

Kredit: Kashful Azim Shaharudin

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya jangan tertipu dengan servis badal haji yang jauh lebih murah dari haji yang sebenar kerana itu adalah salah satu daripada trick terbesar scammer.

Baca juga: “Tuala wanita dan sampah merata bilik, Superhost Airbnb ini serik selepas diperdajal wanita cantik”