Nama pesawat “AirSial” dari Pakistan curi perhatian netizen…tapi..

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Sebelum ini, syarikat penerbangan swasta ketiga Pakistan telah menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.

Difahamkan, syarikat penerbangan yang dikenali sebagai AirSial itu akan mula beroperasi pada pertengahan bulan ini. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi AirSial, penerbangan pertama AirSial menggunakan pesawat Airbus A320 itu telah tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Ahad lalu.

Mendapat perhatian ramai terutama sekali rakyat Malaysia kerana nama digunakan syarikat penerbangan tersebut membawa maksud tidak baik dalam bahasa Melayu.

Rata-rata netizen mengatakan pihak syarikat penerbangan tersebut perlu pertimbangkan untuk menukar nama AirSial tersebut. Malah, netizen juga berharap syarikat tersebut akan maju ke hadapan kelak.

photo_2020-12-03_14-21-35

photo_2020-12-03_14-21-42

Screenshot 2020-12-03 at 2.38.39 PM

Pastinya perbezaan bahasa membawa maksud berbeza dan ‘sial’ dalam bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa di sana. Apakah pendapat anda akan nama komersial syarikat pernerbangan ini?

 

sumber: https://www.thevocket.com/airsial-nama-syarikat-penerbangan-swasta-pakistan-ini-curi-perhatian-netizen/