Nama Zul Ariffin pula dipetik isu pukul teman wanita, “Saya tak ada genetik pukul perempuan”

Giliran nama pelakon popular, Zul Ariffin pula dipetik oleh sesetengah pihak yang mendakwa dirinya sebagai suspek memukul kekasih di sebuah kondominium di Damansara baru-baru ini.

Ia berikutan ciri-ciri yang disebutkan oleh polis mempunyai persamaan dengan diri aktor tersebut.

Memetik laporan semasa, Zul Ariffin menafikan dakwaan itu dan mengatakan tiada seorang pun dari keluarganya mempunyai sejarah memukul wanita.

“Saya pun tak tahu nama saya panas sebab saya dekat set penggambaran dan saya cuti hari ini saya tak tahu apa cerita.”

“Saya rasa saya tak tahu nak cakap apa dah sah sah bukan diri sendiri. Saya memang tak ada genetik pukul perempuan ataupun angkat tangan pada perempuan.”

Aktor yang memegang watak utama dalam filem Sheriff itu turut memberitahu dirinya sedang dalam set penggambaran dan baru sahaja bercuti.

“Saya rasa disebabkan umur tu yang dipetik tu nampak umur-umur macam saya tapi saya ambil peluang untuk bagi tahu umur saya 38 tau.”

Sebelum ini, nama pelakon sasa Ammar Alfian dan Syazwan Zulkefli turut disebut sebagai suspek yang melakukan keganasan itu namun semuanya menafikan dakwaan tersebut.

Baca juga: Alif Teega dan isteri kini ditahan SPRM? Tapi ‘caption’ facebook pulak tarik perhatian netizen