Telur separuh masak! Rasa macam senang saja nak buat, tak perlu tengok resipi tapi hairannya ramai yang selalu gagal.
Kalau tak jadi telur rebus, akan jadi telur yang kurang masak. Susah betul nak dapat telur separuh masak yang ‘perfect’ macam kat kedai tu.
Kalau dah banyak kali cubaan tapi masih tak menjadi maka ikut sajalah 4 langkah dari Wani Mustafa ini.
Nampak senang tapi kenapa tak jadi? Cuba ikut step ini untuk buat telur separuh masak ‘confirm’ jadi.
Sebelum tu make sure telur dalam ROOM TEMPERATURE tau. Kalau simpan dalam peti ais keluarkan dulu bagi suhu bilik baru masukkan dalam periuk.
1. Masak air sampai mendidih (air dalam periuk kena banyak sampai telur betul-betul tenggelam).
2. Tutup api.
3. Masukkan telur dalam air mendidih tadi (periuk jangan tutup).
4. Set timer phone korang 6 MINIT.
5. Siap!!!
Pagi pagi tak tahu nak breakfast apa boleh buat telur setengah masak, alahai buat ni tak sampai 10 minit pun, lepas tuh letak lada sikit, kicap sikit ya Allah sedap tahu tak rasa dia.
Baca juga: Terjunam dalam sungai selepas ikut pandu arah, keluarga waris saman Google Maps