Mulai hilang dari radar sejak 21 April lalu, kapal selam dari Indonesia ini nampaknya telah menjadi perhatian dunia selepas tidak menerima sebarang signal daripada pihak kapal.
Kehilangan kapal ini secara tidak langsung turut mendorong beberapa negara seperti Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat bergabung tenaga dalam mencari kapal selam yang dinamakan sebagai KRI-Nanggala 402 ini. Lebih membuatkan orang ramai risau, kapal KRI-Nanggala ini dilaporkan cuma mempunyai bekalan oksigen setakat hari ini sahaja.
Terbaharu, menerusi laporan daripada Times Indonesia, Panglima Tentera Negara Indonesia Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan KRI-Nanggala 402 disahkan tenggelam. Terdapatnya tumpahan minyak dan serpihan kepingan antara yang menjadi bukti kukuh tenggelamnya kapal KRI-Nanggala 402.
Kapal selam ini dilaporkan berada pada paras 850 meter dalam laut di mana status individu yang berada dalam kapal masih belum dapat disahkan. Usaha untuk menaikkan semula kapal selam KRI-Nanggala 402 ini masih lagi diusahakan.
1. Kapal DIDUGA dalam kondisi Black Out ( Mati Listrik)
.
2. KSAL mengatakan pasokan oksigen dalam kondisi Blackout di 402 dapat bertahan selama 72 jam.
.
3. Menurut KSAL, 402 berada dalam kondisi siap tempur
.
📷 : https://t.co/pnHmZXZ9x2 pic.twitter.com/WEQ4C4dGqL— Lembaga KERIS (@LembagaKERIS) April 22, 2021
Untuk pengetahuan, kapal selam buatan Jerman berusia 42 tahun ini mulai terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu sejak memaklumkan keizinan untuk menyelam dan sejak daripada itu tiada lagi perkhabaran diterima daripada pihak kapal.
Kepingan Ditemukan, Panglima TNI: Bukti Autentik KRI Nanggala 402 Tenggelam: Kapal selam TNI Angkatan Laut (AL) KRI Nanggala-402 mengalami blackout dan hilang Rabu (21/4/2021) dini hari. Panglima TNI… https://t.co/tSbs4WLZL9 #beritabaik #timesindonesia #ketahananinformasi
— TIMES INDONESIA (@timescoid) April 24, 2021
Didoakan semoga urusan pencarian kapal selam KRI-Nanggala 402 serta 53 anak kapal dipermudahkan dalam waktu yang getir ini.