Nasi lemak tak ada sambal? Netizen Malaysia persoal TikToker buat nasi lemak gaul semua bahan

Nasi lemak tak ada sambal? Netizen Malaysia persoal TikTokers buat nasi lemak gaul semua bahan. Baru-baru ini tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita menghasilkan masakan yang dikatakan adalah resepi nasi lemak.

Siap berpakaian baju kebaya dengan lagu Joget Pahang nyayian Dato Siti Nurhaliza TikTokers itu menulis captian “Malaysian nasi lemak,

Hantaran ini mendapat perhatian netizen di Malaysia yang rata-ratanya mengkritik resepi yang diguna pakai oleh pencipta kandungan masakan tersebut kerana ia jelas bukan seperti resepi nasi lemak di Malaysia.

Antara komen yang diterima:

“Tu dia nasi lemak dia ada bayam.

“Itu nasi lemak ke nasi goreng?

“Bukan, salah tu nasi goreng kampung kak, nasi lemak lain.

“You forgot the sambal sis, kalau ada sambal baru namanya Nasi Lemak,” tulis salah seorang individu di hantaran tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lagi daripada pihaknya tentang resepi tersebut selepas video itu dimuat naik.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 65,000 sukaan dan 1 juta tontonan.

Baca juga: Ramai kecewa dan sedih, ‘kekasih hati’ Putera Mateen sudah sah jadi suami Dayang Anisha