Sudah menjadi kebiasaan pihak pekedai akan menggunakan getah untuk membungkus nasi lemak yang dibungkus menggunakan kertas bungkusan atau daun pisang.
Seperti yang dipetik oleh The Vocket, muncul pula trend terbaru di mana pihak pekedai akan menggunakan paku. Malah trend ‘Nasi Paku’ ini dikatakan popular di sekitar Pantai Timur.
Di sebalik membuatkan sesebuah bungkusan nasi tampak unik, siapa sangka trend ini nampaknya telah mengundang bahaya buat orang ramai apabila seorang kanak-kanak dilaporkan terpaksa dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan gara-gara tertelan paku. Lebih tragis, insiden tersebut berlaku gara-gara kanak-kanak tersebut tertelan paku yang tersedia pada Nasi Paku ini.
Insiden yang berlaku nyata memberi pengajaran kepada orang ramai serta pihak kedai untuk menghentikan penggunaan paku kerana mampu memudaratkan pelbagai pihak.
Selain itu, pihak Twitter Public Health Malaysia turut memaklumkan penggunaan paku adalah tidak disyorkan kerana dikategorikan sebagai food hazard manakala para netizen juga kurang bersetuju dengan trend terbaru ini.
Seorang kanak² dibawa oleh keluarga ke kecemasan hospital kerana dikhuatiri tertelan paku. Kanak² tersebut mengalami sakit perut & menangis tidak henti.
Imbasan xray mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut.
Pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan untuk..
Thread pic.twitter.com/jjG7g7JXnq
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) December 31, 2021
Untuk pengetahuan, para pengguna berpeluang membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang membungkus nasi atau makanan menggunakan paku menerusi tindakan Akta Makanan 1983 dengan melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.
Serious lah ada trend ni? Aku kalau kedai pakai stapler kt plastic pun turn off, ni pulak paku 😳 https://t.co/CezWk8iH9V
— ازور 🇵🇸 | polaroid (@azzzzzwwwwwww) December 31, 2021
WOIT!!!!!!! Siapa yang gila jual nasi paku ni? Aku jual makanan dulu stapler pun tak pakai. Sanggup potong selotape untuk lekatkan bekas makanan walaupun ambil masa lama. https://t.co/rMvKoCZY4v
— AK M (@mrak_muhd) December 31, 2021
Diharapkan trend ini dapat dihentikan sekaligus hadir dengan inisiatif dalam menawarkan bungkusan nasi yang lebih selamat untuk dijamah para pengguna.