Selebriti tersohor, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Dalam kenyataan ringkas yang diedarkan kepada media, pelakon, pengacara dan usahawan berjaya itu memohon semua pihak mendoakan dia lebih istiqamah dalam memperbaiki diri.
Namun pada hari ini peminatnya amat terkejut apabila beliau dikatakan membuka niqab yang dipakainya sejak tahun 2020 lagi.
Rupa-rupanya beliau tidak membuka niqab sebaliknya ia adalah teknologi AI, ingatkan betul-betul.
Melalui kapsyen yang ditulis Neelofa di laman IG beliau memperlihatkan wajahnya versi AI dalam Koleksi StampliCity @naelofar.
“Dengan StampliCity, saya dan pasukan benar-benar mahu memperjuangkan “Stamping Your Mark”, dalam dunia di mana anda meninggalkan impak atau warisan yang berkekalan dan ketara yang menjadi milik anda sendiri.
“Buat perubahan, capai perkara yang tidak dapat dibayangkan, sumbangkan kepada komuniti anda dengan cara yang meninggalkan kesan yang berkekalan, biarkan ia lebih baik daripada ketika anda menemuinya.
“Warisan yang mencerminkan keperibadian, bakat dan sumbangan anda kepada dunia, sesuatu yang membezakan anda dan diingati oleh orang lain.”tulis beliau.
Baca juga: Apa dah jadi? Langit di Sungai Besar Selangor tiba-tiba bertukar hijau