Neelofa namakan anak keduanya Abdullah Abbas-Kenapa pilih Abbas?

Genap seminggu selebriti terkenal Neelofa selamat melahirkan anak kedua iaitu bayi lelaki yang diberi nama Abdullah Abbas Harris di sebuah pusat perubatan baru-baru ini.

Memilih nama Abdullah Abbas bagi Neelofa ianya seperi lahir anak pertama beliau dengan Harris Ismail iaitu Muhammad Bilal, dengan perasaan hiba dan sayang.

Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih.

Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.

Sehingga ada hadith Nabi Saw bertanya;

Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga

Dan Bilal menjawab

‎مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ.

Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’” Riwayat al-Bukhari (1149)

Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A.

Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas

Merujuk hadith:

‎تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ
Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)

Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”.

Manakala “Abbas” pula, Nabi Saw sendiri pernah doakannya

‎اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

  • [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”

Dan berkat Doa Nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).

Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Semoga kehadiran anak kedua ini selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya,” kata PU Riz.

Baca juga: Dulu berhijab kini kain terbelah?-Netizen pesan isteri Hakim Rusli jaga nama baik suami