Ramai wanita yang kerap mengalami situasi seperti ini ketika masih lagi dalam tempoh berkenalan dengan keluarga pasangan.
Dihina, diperli malahan dicaci juga menjadi makanan wanita-wanita ini yang juga kerap mengambil keputusan hanya untuk berdiam diri.
Wanita ini tampil menceritakan kisahnya yang sering diperli dan dihina oleh keluarga suami akibat dirinya yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.
Hai Assalamualaikum. Selalu dengar kes ibu mertua dan menantu tak sebulu, atau vice versa. Tapi berbeza dengan kes aku. Nenek mertua, iaitu nenek suami aku. Aku nak luah kat sini memandangkan aku rasa beliau “d3ra hati” aku.
Aku dan suami telah berkawan 3 tahun dan kami baru setahun berumahtangga. Keluarga suami baik – baik sahaja. Memandangkan aku hanya anak tunggal jadi bila aku masuk dalam keluarga besar aku jadi sangat seronok.
Yelah di kelilingi adik beradik suami dan sepupu sepapat yang ramai. Suatu hari, nenek minta aku untuk teman tidur di rumahnya untuk 2 malam (atuk telah meninggal 5 tahun yang lalu). Masa tu aku baru bertunang. Aku fikir mungkin nenek seronok ada teman borak, aku akurkan saja tapi hanya 1 malam kerana aku ada urusan esok hari tu.
Manakala suami, pulang ke rumah ibu mertua aku. Yelah belum halal masa tu. Nenek banyak sembang hal bekas kekasih suami. Dari situ aku tahu lebih lagi tentang bekas kekasih suami. Sebenarnya aku memang dah tahu dorang pernah berkawan setahun, kerana kami 1 Universiti. Aku gelarkan Ayu (bukan nama sebenar).
Ayu katanya kerap bertandang dan tidur di rumah nenek. Nenek juga beritahu, Ayu bila datang selalu bawakkan hadiah, bunga, bukan untuk nenek saja malah untuk ibu mertua dan adik – adik perempuan suami. Pernah hadiahkan handbag untuk nenek dan ibu. Proses ambil hati, biasalah.
Hati aku agak terasa bila 2x nenek cerita benda yang sama, mungkin dia lupa ke entah tapi aku terfikir. Aku tak pernah buat semua tu demi pancing hati, sebab aku bukan anak orang senang. Aku mampu bawa buah tangan macam buah-buah, dessert dan lauk yang aku masak sendiri.
Sebab waktu tu aku bekerja keras untuk kumpul wang buat majlis kahwin, taknak biar ayah aku susah payah sorang – sorang bayar semua kos kenduri sebelah aku. Lepas kahwin, aku fikir topik ini takkan dibincangkan dah, rupanya aku silap.
Baru – baru ni waktu borak, suami waktu tu tengah mandi. Nenek buka topik tentang arw4h atuk, mungkin sebab rindu. Aku layankan saja. Nenek ada cerita tentang atuk tinggalkan wang untuk nenek, atuk kerja bagus, nenek cakap sebab tu nenek berduit.
Tetiba masuk topik “Ayu dulu pun kaya jugak. Dapat duit apa entah dari kerajaan, bagi kami satu keluarga seorang RM100, keluar makan pun belanja kami semua.” Okay aku sedar aku belum mampu buat itu semua, hanya mampu beri pada ayah, mak dan ayah mertua saja.
Tambah pula aku baru kahwin dan berniaga saja. Berniaga ada turun naik. Selalu cari kerja, hantar resume pun belum ada kerja yang sangkut. Aku rasa sangat terkilan macam dipandang rendah ja. Kenapa Ayu selalu jadi sebutan? Aku terasa.
Suami pernah cakap, “Abang tak kahwin dengan dia sebab dia curang banyak kali belakang abang, dia tak layak untuk abang. Harap ini jelas dan abang tak berminat untuk cakap pasal benda lepas. Abang dah ada isteri.” Aku pendam je dalam hati.
Aku cuba tukar topik, aku puji tudung yang nenek pakai. Bukan nak bodek tapi memang cantik so aku puji la cantik mana beli dan sebagainya. Nenek jawab “Maksu yang belikan tudung ni di KL. Mahal. Yelah gaji besar, boleh beli. Tak kerja MANA NAK ADA DUIT.” Sekali lagi aku terasa.
Dulu waktu aku bekerja takde perbualan macam ni. Kadang-kadang aku fikir, aku yang terlalu emosi agaknya? Buat pengetahuan semua, aku pernah bekerja selama 4 tahun. Terp4ksa berhenti lepas kahwin atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Sekarang masih struggle cari kerja dan duduk rumah tak goyang kaki ye, aku usaha cari duit supaya suami tak rasa terbeban. Apapun aku bersyukur, makan pakai suami terjaga, selesa buat ibadah. Lagi satu. Adik suami bercinta dengan seorang anak Tan Sri, Diana (bukan nama sebenar) Diana sangat baik hati, dari keluarga educated. Nenek tak pernah tak puji dia.
“Cantiknya baju, mesti mahal ni”, “Ish putih gebu, ni ikut mak ke ayah ni?” Macam macam pujian, aku? Takda. Aku bukan lapar pujian, tapi nampak sangat la. Aku tak cemburu sebab aku baik dengan Diana. Diana pernah beritahu aku yang dia agak kurang selesa dengan nenek tapi aku pilih untuk tak burukkan nenek.
Aku ingat lagi ayat “Nanti Faiz nak kahwin dengan Diana kita cari cincin elok sikit.” Masa tu sembang dengan mak mertua dan nenek mertua ja. Aku ni lurus bendul tanya, “Nak cari kat Emas Kamelia tu ke?” Sebab kedai emas tu agak popular dan besar di kawasan sini. Cincin tunang aku dulu mertua beli kat situ.
Jawapan yang aku dapat: “Ish, tak beli lah situ. Beli yang elok sikit sebab anak Tan Sri.” Aku nak tahu, akak – akak yang baca ni rasa apa kalau mertua kalian jawab macam ni? Setiap kali aku kena ikut suami bertandang ke rumah mertua, aku kena ikut ke rumah nenek sekali dan aku tak boleh elak.
Mesti aku akan terasa apa – apa masa bertandang tu. Jadi aku kena jaga hati suami, hati semua orang. Hati aku? Susah nak buka mulut pada suami sebab suami ‘anak mak’ dan adik beradik dia sayang sangat kat nenek. Aku taknak kehadiran aku dalam keluarga ni ada masalah dengan nenek.
Tapi nenek selalu cakap benda yang meny4kitkan hati aku. Apa yang paling aku tak faham, hal rumah ayah aku pun nenek sibuk. Katanya rumah ayah aku kena renovate sikit, so bila nenek datang rasa selesa sikit. Lepas tu bila perasan muka aku dah lain, nenek cakap untuk keselesaan ayah kalau s4kit, untuk keselesaan aku bila mengandung nanti.
Nenek cakap macam tu untuk orang yang kurang berada macam kami. Seperti duit boleh petik dari pokok. Sedih aku tengok ayah bila nenek merungut camtu. Rumah kami masih elok, rumah batu bukan rumah reban ayam. Mana nak sama dengan rumah mertua teres 3 tingkat tu?
Tak habis – habis suruh ayah aku kahwin lain. Umur dah cecah 80 dengan macam macam s4kit, abah cakap macam mana nak kahwin? Abah gelak je. Tapi aku tahu ayah rimas, sebab ayah masih rindukan arw4h ibu. Aku rasa macam jauh hati sangat.
Banyak lagi kata – kata yang nenek cakap aku tak boleh terima tapi m4kin panjang confession ni nanti. Bagi pembaca semua, apa yang aku luah ni, adakah menunjukkan nenek mertua tak terima aku sepenuhnya? Aku harap aku boleh dapat kerja, jika tiada rezeki, aku harap perniagaan aku berjaya.
Semoga kejayaan aku boleh buka mata orang yang perli aku. Maaf jika penulisan aku nampak aku ni sensitive cepat terasa ke apa, aku tak boleh tipu perasaan aku. Doakan aku kuat ya. – Aliya (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Ingatkan kaki palsu! LV cipta but mirip kaki orang, boleh pilih warna ikut citarasa