Nenek panik! Cucu buang barang kemas yang disangka sampah bernilai RM270,475

Seorang wanita berusia 60 tahun berasa cemas apabila barang kemasnya yang bernilai lebih dari 2 juta baht (RM270,475) hilang.

Barang kemasnya itu dibuang oleh cucunya kerana disangka sebagai sampah sarap.

Wandee, 60 menarik nafas lega apabila koleksi barang berharganya ditemukan oleh seorang pengutip sampah yang awalnya menganggapnya sebagai emas palsu.

Koleksi tersebut terdiri daripada enam jongkong emas mini, enam rantai leher, lima gelang tangan, lima tangkal Buddha, tiga cincin berlian, sebentuk cincin kerongsang berlian, lapan cincin emas, sepasang anting-anting emas, dua pasang anting-anting berlian dan gelang berlian.

Barang kemas yang hilang

Seorang pemungut sampah berusia 46 tahun menjumpai beg yang berisi barang kemas tersebut sebelum membawanya pulang ke rumah untuk menunjukkan kepada suaminya kerana menyangka ia adalah palsu.

Selepas menerima  laporan mengenai kehilangan barang kemas  tersebut, polis menjejaki pengutip sampah terbabit berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Baca juga: Bengang dituduh tidak bayar hutang arwah bapa, ini respons Farah Lee -“Wajar saya mintak bukti sebab RM130k bukan sedikit”