Semua manusia mengimpikan memiliki umur panjang dan sihat dari segala penyakit. Apabila sudah menginjak ke usia senja, kita akan diserang pelbagai penyakit kronik. Ada yang terlantar sakit sebelum dijemput ajal. Biasanya, warga emas akan mula nyanyuk dan lebih teruk lagi tidak dapat mengenal saudara sendiri.
Di laman TikTok, tular sepotong video mengenai kisah seorang nenek berusia 95 tahun yang ingatannya masih kuat dan tidak nyanyuk. Menerusi video yang dimuat naik oleh @doreentifani, nenek berkenaan berkongsi beberapa amalan yang dilakukan sebelum tidur. Antara amalan tersebut adalah membaca selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad dan beberapa surah yang terkandung dalam Al-Quran.
@doreentifani Replying to @Sarina Mamat Kia Rahsia Tokmek tak nyanyuk. #InspirasiRamadan #fyp ♬ original sound – doreentifani
“Nak tidur baca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, empat Qul semua itu. Lepas itu, baca Laqad Jaa Akum, selawat Ulul Azmi, syafaat Nabi, selawat Fateh. Baca itu je kalau nak masuk tidur,”kongsinya.
Video itu kini telah meraih 1.1 juta tontonan dan 117,800 tanda suka daripada warganet. Rata-rata warganet memuji amalan yang dilakukan oleh nenek berkenaan.
Ramai juga mengucapkan terima kasih atas perkongsian nenek itu dan mahu mengamalkan perkara tersebut. Warganet juga mendoakan semoga nenek itu terus sihat dan dipanjangkan umur.
Baca juga: Muka dah lain! Kecoh dakwaan Zahid buat pembedahan plastik di Korea, ini rupanya cerita sebenar