Netizen berang lihat pengantin lelaki pukul isteri di hadapan tetamu. Tular video pengantin lelaki memukul kepala pengantin wanita dalam satu majlis perkahwinan di Uzbekistan.
New York Post melaporkan, pengantin lelaki bertindak memukul pasangannya ketika permainan semasa majlis perkahwinan mereka.
Rakaman tular itu menunjukkan lelaki yang baru berkahwin itu memukul isteri di hadapan tetamu yang ketakutan.
Ia berlaku ketika pengapit masing-masing berdiri di samping pasangan berkenaan.
“Tiada siapa yang menghalangnya, tiada siapa yang (cuba) mempertahankannya,” menurut ciapan seorang saksi, pada Ahad.
Dia meminta peguam untuk menyiasat insiden itu bagi memastikan pengantin lelaki bertanggungjawab.
Detik mengejutkan itu berlaku ketika pertandingan antara pasangan pengantin berkenaan.
Klip berdurasi 30 saat menunjukkan wanita itu menewaskan suaminya dalam permainan itu dan ia mendorongnya untuk mengangkat tangannya menandakan dia menang.
Orang ramai kemudian mula bersorak seketika apabila pengacara memuji pengantin perempuan.
Pengantin lelaki kemudian tiba-tiba dilihat mengangkat tangan kirinya dan memukul kepala pengantin perempuan.
Tetamu segera terdiam dan pengapit pengantin lelaki kelihatan memandang telefonnya.
Klip itu kemudian menunjukkan pengantin perempuan yang dipukul itu, dibantu turun dari pentas oleh pengapitnya dan wanita lain.
Beberapa pengguna Twitter menasihatkan wanita itu untuk meninggalkan suaminya itu.
Baca Juga: Tak saman orang ketiga sebab tak mahu panjangkan isu – Puteri Sarah Liyana
Baca Juga: Malaysia negara ketiga tertinggi di dunia makan sumber protein ini