Menamakan cahaya mata yang baru lahir adalah amanah istimewa bagi setiap ibu bapa. Kini, trend memilih nama-nama unik, termasuk nama para malaikat, semakin mendapat perhatian dan menjadi pilihan popular di kalangan ibu bapa masa kini.
Namun, apakah hukum menamakan anak dengan nama para malaikat?
Menurut kenyataan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memberi nama anak dengan mana-mana nama para malaikat adalah harus.
Walau bagaimanapun, adalah makruh untuk menggunakan empat nama malaikat khusus, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il, dan Israfil.
“Menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.”
“Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.”
Ia menimbulkan perbalahan netizen disebabkan seorang pelakon wanita, Fatin Afeefa menamakan anak ketiganya dengan nama Muhammad Jibril.
Perkongsiannya ketika majlis akikah anak menimbulkan persoalan ramai apabila didakwa tidak mengetahui akan makruh menamakan anak dengan nama sebegitu.
Baca juga: Terkejut tengok harga BMW F30, jauh beza dengan Honda ‘semput’!