Tular di laman sosial penularan gambar sebuah longkang yang dipenuhi ular di sebuah lokasi di Shah Alam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat, melaporkan kira-kira 15 ekor ular sawa ditangkap di lubang longkang berdekatan sebuah kedai mamak di Seksyen 20.
“Sampai di lokasi setelah membuat size up didapati benar terdapat ular sawa di dalam saluran air longkang,” kata laporan tersebut.
Tiada mangsa yang dilaporkan cedera ketika penemuan haiwan reptilia terbabit dilakukan.
Namun ada juga netizen yang mendakwa reptilia itu berkumpul disebabkan pembuangan makanan yang tidak teratur oleh restoran berhampiran.
Restoran yang sering dikunjungi ramai itu terletak di seberang jalan dan berlokasi di Seksyen 20 namun nama kedainya dirahsiakan.
Baca juga: Tiba-tiba sahaja Tesla batal bina kilang di Malaysia, ini punca sebenar rupanya