Netizen bongkar video terakhir Tangmo Nida, ada suara lelaki suruh bawa Nida ke belakang bot

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Susulan kematian membabitkan aktres Thai, Tangmo Nida, netizen bongkar pula video terakhir Nida yang didakwa ada petunjuk baru tentang kematian pelakon cantik itu.

Memetik daripada laporan Thethaiger, dalam satu rakaman video lain menunjukkan mangsa yang sedang minum berhampiran belakang bot, secara tiba-tiba terdengar suara garang seakan menjerit meminta seseorang membawa mangsa ke bahagian belakang bot sebanyak dua kali.

Ekoran itu, polis dikatakan sedang menyiasat video terakhir Tangmo yang diambil dari telefon bimbit pengurusnya Idsarin Gatick Juthasuksawat selepas ramai netizen terdengar suara lelaki misteri dalam video tersebut.

“Bawa kawan awak datang ke sini! Bawa kawan awak datang ke sini.”

Pihak polis Nonthaburi mengatakan bahawa mereka masih lagi melakukan siasatan ke atas kes ini dan belum menemui apa-apa penyelesaian lagi, lapor Thaiger.

Sementara itu, lima individu lain yang turut berada di dalam bot tersebut masih kekal menjadi saksi utama dan setakat ini pihak polis masih belum menamakan mana-mana suspek kerana keputusan autopsi kematian Tangmo mengesahkan wanita ini mati lemas.

Sebelum ini, salah seorang mangsa mengatakan bahawa Tangmo telah jatuh dari belakang bot ketika sedang membuang air kecil namun polis dan netizen mengganggap dakwaan tersebut sebagai tak benar.