Netizen Cemburu Lihat Lelaki Warga Malaysia Ini Bergerak Bebas Tanpa ‘Face Mask’ Di New Zealand

Ketika ini, kes penularan wabak COVID-19 di negara kita berada dalam keadaan yang membimbangkan apabila kes sudah melebihi 6,000. Lantaran itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak tersebut.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam turut sebulat suara bersetuju untuk mengetatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Terbaharu, sebuah video pendek yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @Hazwanrl yang memaparkan kehidupannya di Wellington, New Zealand telah tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat rakyat New Zealand sudah tidak perlu memakai pelitup muka dan bebas bergerak ke mana sahaja tanpa perlu bimbang akan penularan wabak COVID-19.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian netizen Malaysia dan rata-rata netizen berasa cemburu melihat keadaan semasa rakyat New Zealand yang tidak lagi perlu bimbang dengan pandemik COVID-19.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan seperti mahu berpindah ke New Zealand dan kagum kerana kerajaan di sana cekap menangani penularan wabak pandemik ini.

Malah, rata-rata netizen berasa rindu dengan suasana sebelum tercetusnya penularan wabak COVID-19 yang telah mengakibatkan kematian ramai orang. Mana tidaknya, jika dahulu orang ramai bebas untuk ke mana sahaja tanpa perlu bimbang akan dijangkiti penyakit.

Pastinya dengan melihat video ini, anda akan kembali bersemangat untuk bersama-sama menangani penularan wabak COVID-19 agar dapat hidup dalam suasana normal dan bebas.

sumber : https://www.thevocket.com/netizen-cemburu-lihat-lelaki-warga-malaysia-ini-bergerak-bebas-tanpa-face-mask-di-new-zealand/