Netizen dicemuh buat muka gersang minta dimaki-Nirmala sebenarnya kisah Rasulullah dan Aisyah

Nirmala bermaksud tidak ternoda suci dan bersih tapi apa netizen cuba buat muka gersang minta maki, itulah kata-kata yang diungkapan oleh seorang TikToker yang terkenal.

Menurutnya yang menggunakan nama sebagai zhiddinazizz lagu ini hakikatnya mengisahkan Saidatina Aisyah menangis kerana difitnah berdua-duaan dengan sahabat Rasulullah dan menyembunyikan kesedihan itu seperti air tasik yang tenang.

“Lalu Aisyah bertunjangkan agama dek kerana bertemu azimat.

“Rasulullah buntu tak ada jalan penyelesaian dan akhirnya turun wahyu dari Tuhan lalu ayat al Quran turun nafi segala adu domba seperti surah An Nur ayat 11…

“Inilah disebaik lagu Nirmala,”kata beliau.

Beliau yang begitu mahir dan kreatif dalam penggunaan Bahasa Melayu menyifatkan orang buat trend lagu ini atas kisah isteri Rasulullah iaitu Aisyah difitnah, sedih sangat umpama ‘minum terasa duri makan terasa sekam’.

Dalam pada itu penulis liriknya lagu tersebut, Kamarulzaman Taib atau Che Kem walaupun lirik lagu itu berkisarkan peristiwa Nabi Muhammad SAW dan isterinya, Aisyah.

Katanya, jika lagu itu diambil dalam bentuk terputus-putus, baginya ia tidak mempunyai maksud apa-apa kerana tidak berkaitan dengan keseluruhan lirik.

“Ia tiada maksud dan sekadar lagu saja. Tapi sebagai individu yang menghormati lagu itu, menghormati falsafah kisah di sebalik lagu itu, mereka takkan buat perkara yang sepatutnya mereka hormati.

“Kisah ini adalah satu penghormatan terhadap Aisyah dan jika ada kefahaman mengenai liriknya, mereka tak buat perkara ini. Mereka buat sekadar untuk ‘trending’ dan hiburan,” katanya kepada Harian Metro.

Tindakan segelintir pengguna TikTok termasuk pasangan pelakon suami isteri, Kamal Adli dan Uqasha Senrose membuat video seolah-olah ‘mempermainkan’ lagu popular nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Nirmala bertujuan untuk hiburan semata-mata.

Che Kem berkata, Kamal dan Uqasha juga tentu mengikut ‘trend’ melakukannya tanpa memahami maksud sebenar lagu itu.

“Ada yang tahu mengenai lirik lagu ini, tahulah. Yang tak tahu pula, ambil sebagai hiburan. Lagu ini juga digunakan dalam program Dangdut Asia dan ia ditarikan dalam konsert dangdut semata-mata.

“Ini kerana dalam lirik itu saya tak menulis sepatah pun mengenai Rasulullah, tapi ilham liriknya memang dari kisah Rasulullah dan Aisyah.

“Maknanya ia boleh ditafsir dalam cerita yang berbeza mengikut latar pengetahuan yang berbeza,” katanya.

Lagu Nirmala ciptaan Allahyarham Pak Ngah ini dimuatkan dalam album Sanggar Mustika pada 2002.

Baca juga: Bapa cerai isteri demi mengahwini zuriatnya kerana suka sama suka, JPN pulak tak lulus bin atau binti akhirnya ke Mahkamah Syariah