Kenaikan harga barang sememangnya sangat dielakkan oleh masyarakat kerana ianya membebankan dalam ekonomi yang sebegini rupa.
Tular di laman Facebook berkenaan sebuah syarikat mee segera iaitu Mi Sedap yang didakwa telah menaikkan harga makanan dalam diam.
Tinjauan mendapati sebelum ini Mi Sedap telah menjual dengan harga RM4.70 namun baru-baru ini ada pelanggan yang membeli di pasaraya Mydin dengan harga RM5.70.
Menurut Malaysian Chinese News, mi segera ini juga telah menaik dengan kadar yang ketara sejak 2-3 tahun ini.
“Mi segera jenama Mi Sedap memang telah naik harga dengan ketara sejak 2-3 tahun lalu dari sekitar RM4 ke sekitar RM6 atau lebih.”
“Apps PriceCatcher kerajaan juga merakamkan kenaikan harga Mi Sedap yang lebih tajam ke purata harga seluruh negara pada RM6.36 sejak kenaikan harga diesel.”
Menurut laman Malaysian Chinese News, aplikasi yang dinamakan Pricecatcher turut mengenalpasti mi segera ini yang menaikkan harga setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna yang terkesan dengan kenaikan harga barang.
“Burger tepi jalan pun Dari rm4 Dah Naik rm4.50”.
“Maknanya lori syarikat pengedaran mereka selama ini guna diesel subsidi.”
Baca juga: Rupanya Jom Donate dah lama ‘kaut’ untung, papar syarat 5.5% setiap sumbangan!