Siapa pembunuh sebenar Zayn Rayyan Zaim Ikhwan terus mendapat perhatian masyarakat meskipun telah hampir 10 bulan ia berlalu.
Masing-masing mengharapkan kematian tragis arwah mendapat pembelaan sewajarnya susulan pendedahan beberapa keping gambar bedah siasat dan rakaman percakapan yang menyayat hati tular di media sosial sebelum ini.
Memetik dari Mstar, klip video pengebumian arwah yang disiarkan mStar kembali tular sehingga menjadi perdebatan dan tanya dalam kalangan netizen.
Ada yang menganggap gerak tubuh bapa mangsa, Zaim Ikhwan Zahari seperti mencurigakan apabila dia memasukkan tangan ke dalam keranda ketika majlis pengebumian pada 7 Disember 2023.
‘Adegan’ itu dikongsikan di akaun TikTok Penjaga Kubur, yang mana selepas itu Zaim Ikhwan dilihat menyelak baju Melayu yang dipakainy
Cuba untuk mengesahkan apa yang diperhatikan, pelayar itu kemudiannya mengajukan kemusykilannya kepada warga maya.
“Zaim masukkan apa dalam seluar ye? Ada siapa-siapa nampak tak?” dia bertanya di ruang kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut beranggapan Zaim Ikhwan mengambil sesuatu dari dalam keranda tersebut sebelum meletakkannya di dalam seluar.
“Dah nampak apa yang dia ambil, tali yang selalunya diikat pada kepala tu sebab nampak tali putih dia selit kat pinggangnya… ikutkan tak boleh buka tali, lain macam mereka ni kurafat.
“Macam dia ambil tali kain kafan yang dekat kepala anak syurga ni.
“Boleh je ambil kalau itu hak dia.
“Ambil tali tak perlu sorok, minta je dengan penggali kubur, kampung aku berlambak ahli keluarga ambil,” ujar beberapa warga maya.
Baca: “Kerap dimalukan dengan guru senior, realiti kerja jadi cikgu tak semua orang tahu”