Netizen pelik Ira Kazar dah tak kongsi resipi baru, “mana dia hilang?”

Netizen berasa sangat pelik kenapa Ira Kazar yang juga isteri pengarah sensasi, Syamsul Yusof sudah tidak lagi berkongsi resepi terbarunya di media sosial.

Sebelum ini, Ira Kazar aktif berkongsi pelbagai jenis resipi mudah kepada warganet di media sosial .

Namun sudah lama tidak memuat naik hantaran video baharu di akaun TikTok miliknya.

Pada kali terakhir iaitu 14 Oktober lalu beliau telah berkongsi masakan Korea, Sundubu Jijigae yang sudah mendapat 1.4 juta tontonan.

Namun semenjak itu peminatnya tertanya-tanya ke mana Ira Kazar menghilangkan diri dan tidak lagi muat naik video masakan terbaru.

Terdahulu, perkongsian resipi yang dilakukan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi mendapat sambutan hangat selain voice over ‘Hello everyone’ disukai wargamaya.

Antara menu masakan lain yang pernah dikongsikan adalah bubur som som (2.7 juta), pengat pisang (2.5 juta), Gigi Hadid’s pasta (2.5 juta) dan taucu sardin (2.3 juta).

Sekadar info, pada 5 Januari lalu, Syamsul mengaku sudah berkahwin Ira atau Faghirah Kazaruddin di Thailand.

Baca juga: Pekerja asing kantoi mandi, cuci baju guna tangki air singki atas bangunan