Netizen persoal gaji Hamidin RM90,000 selepas jawapan kontroversi baju Olimpik

Dua hari lepas tular tentang kontroversi pakaian sukan olimpik rasmi yang dirasmi bersama oleh Presiden FAM , Datuk Hamidin Mohd Amin.

Reka bentuk pakaian sukan yang dianggap dibuat secara sambil lewa itu jelas memalukan negara apabila ada youtuber antarabangsa sudah membuat hantaran mengenai hal ini.

Namun yang lebih terkejut adalah jawapan yang diungkapkan sendiri oleh Datuk Hamidin mengenai kontroversi ini.

Beliau berkata “MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas, itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam…jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga,”

Rata-rata netizen sangat tidak berpuashati dengan jawapan Presiden FAM ini yang dianggap sambil lewa sekaligus mempersoalkan gaji RM90,000 yang diambil.

Pada April yang lepas heboh juga mengenai gaji RM90,000 yang diterima oleh Datuk Hamidin selaku Presiden FAM.

Namun beliau mengganggap persoalan tentang jumlah tangga gaji yang diperolehinya selaku Presiden badan induk itu bersifat peribadi dan ia tidak perlu untuk dikongsikan.

Bagaimanapun katanya, perkara pokok yang perlu difahami semua pihak adalah keputusan membenarkan Presiden FAM memperolehi gaji sudah diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (Exco) badan induk itu ketika di bawah pentadbiran Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden FAM sebelum ini.

Baca: Ceramah PN di Sungai Bakap tak laku, pusat khidmat pun tutup