Netizen puas hati pembunuh Zulfarhan ke tali gantung, ‘throwback’ video lama mereka tersenyum

Umum mengetahui, kisah buli Zulfarhan Zulkarnain kini berada di peringkat akhir.

Semalam, enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kini disabitkan kesalahan dan dikekalkan pertuduhan sama keatas mereka iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail turut memerintahkan keenam-enam mangsa dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

@ohbulanofficial

Replying to @Maknyahhhhh Alhamdulillah keadilan buat mu Zulfarhan 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻 #ohbulan #trendingnewsmalaysia #netizen #kongsi #video #reaksi #pesalah #arwah #zulfarhan #2019

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Namun apa yang menarik perhatian, video lama kembali tular apabila dilihat enam sekawan itu bergembira dan tersenyum setelah keluar dari kamar mahkamah beberapa tahun lalu.

Itu merupakan reaksi gembira mereka kerana berjaya mengetepikan hukuman gantung di atas kesalahan kerana membunuh Zulfarhan Zulkarnain.

Video tersebut dikatakan dirakam beberapa tahun lalu pada tahun 2019.

Netizen rata-ratanya berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dan mendakwa keadilan akhirnya memihak kepada allahyarham Zulfarhan Zulkarnain.

Baca juga: Tular individu dakwa banyak kilang besar China ‘gulung tikar’, beri amaran ekonomi Malaysia makin merudum