Tular baru-baru ini seorang pempengaruh yang terkenal kerana peti ais ‘SMEG’ dan tinggal di flat PPR selepas dia berkongsi satu hantaran di Instagram.
Melalui video yang kini telah dipadam, Syamimia memberikan penjelasan panjang selepas dipersoal mengapa dia tidak menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi kesedaran tentang Palestin.
Kata warganet, dengan pengikut seramai lebih 300,000 orang itu, ibu kepada seorang cahaya mata tersebut diharapkan untuk menggunakannya ketika konflik Israel-Palestin ini.
“Try hard nak justify kenapa dia tak kongsi pasal Palestin”
Bagaimanapun, penjelasan Syamimia tidak melegakan keadaan sebaliknya lebih mengundang kecaman daripada warganet di laman sosial Instagram dan Twitter.
Ramai tidak bersetuju dengan apa yang dikatakannya malah sesetengah daripada mereka berpendapat pempengaruh itu hanya ‘cakap kosong’ dan ‘try hard’ untuk memberikan alasan.
Antara ‘point’ yang dikatakan Syamimia adalah dia tidak mempunyai duit yang banyak seperti pempengaruh lain yang boleh menyumbang ratusan ribu.
Dia juga berkata mahu lebih fokus kepada keperluan keluarganya dan mahu membuat kebaikan secara menyeluruh, bukan hanya isu tertentu.
Tidak berkongsi tidak bermaksud tidak ambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sayang. Kita semua ada rahsia, hanya Tuhan saja yang tahu.
“Cakap jela nak jaga algorithm”
Namun, ramai warganet berkata Syamimia ‘melebih-lebih’ kerana orang hanya mengharapkan dia berkongsi hantaran tentang Palestin sahaja bukanlah sehingga membuat sumbangan ribuan ringgit.
Kata mereka, dia terlampau mementingkan ‘algorithm’ laman sosialnya itu dan takut kena ‘banned’ disebabkan bersuara tentang Palestin.
Sekadar menyebarkan kesedaran pun sudah cukup kerana mungkin dengan perkongsian itu ada pihak yang lebih peka tentang Palestin.
Kamu ada kuasa untuk pengaruh orang dan buat orang faham. Ini bukan pasal kemampuan (wang ringgit). Ini pasal keperimanusiaan.
Baca juga: Siapa sangka dialog sitcom Pi Pi Mai Tang Tu oleh Sabri Yunus buat Lucy akhirnya jadi realiti