Untung jadi guru anak jutawan, dapat hadiah bernilai RM32,490 sempena anaknya habis sekolah

Netizen tawarkan diri jadi guru anaknya selepas maknya telah menghadiahkan barang kemas yang bernilai RM32,490 kepada seorang guru selepas habis sekolah.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @farahwen telah berkongsi video memaparkan detik hari terakhir anaknya di sebuah sekolah dimana anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan, senior sekolah dan gurunya.

Susulan itu, Farah memberikan sedikit kejutan dengan memberikan saguhati berupa barangan kemas bernilai RM32,490 kepada guru yang paling rapat dan banyak mendidik anaknya itu.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen berasa cemburu melihat hadiah yang diterima guru anaknya itu.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mahu menawarkan diri untuk menjadi guru kepada anaknya. Tidak kisahlah hadiah itu mahal atau murah, asalkan anda ikhlas memberi pasti akan dihargai.

Baca juga: Ragu-ragu dengan sistem perbankan, warga emas kantoi simpan duit RM30,000 bawah tilam akhirnya mengejutkan saudara mara serta jiran