Netizen terhibur, Mydin mengusik taknak buka dekat Perlis sebab nanti 8 orang je datang

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Gaya bersahaja Mydin di Twitter yang membalas pertanyaan netizen mengapa tidak membuka cawangannya di Perlis, mengundang geli hati netizen.

Menerusi satu ciapan di Twitter, pengguna @ajmalazali, mencadangkan agar Mydin membuka satu pasaraya di Perlis.

Bagaimanapun ciapan balas Mydin ‘win’ dengan mendapat lebih 10,000 tanda suka serta mengundang banyak komentar yang turut mengusik mereka yang duduk di Perlis.

“Bukak pun 8 orang je datang nanti,” ciap Mydin.

Jenaka 8 orang sahaja di Perlis ini bermula daripada tanda pagar #perlisissosmall yang pernah trending di Twitter satu ketika dahulu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah salah satu pengguna Twitter lain meluahkan rasa tidak senang dengan ciapan balas Mydin Malaysia.

“Rasa dah boleh hentikan jenaka perlis 8 orang ni je kot. Lama2 rasa macam memperlekeh pun ada.
Dari nak beli barang dekat @MydinMalaysia terus tak jadi,

Umum sedia tahu Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia dari segi keluasan dan populasi namun tidaklah sampai hanya ada 8 penghuni di negeri tersebut.

Isu ini boleh menjadi sensitif dalam kalangan rakyat Perlis, namun yang pastinya admin twitter Mydin Malaysia hanya mahu membuat lawak dan harap rakyat Perlis tidak terasa dengan ciapan tersebut.